Anda mesti pernah melakukannya, malah pemimpin tertinggi negara kita pun pernah melakukannya.
Mesti anda tertanya apa itu selfie kan.
Selfie merupakan perbuatan menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau webcam yang kemudiannya akan dimuat naik ke laman-laman sosial individu tersebut.
Sejak dimasukkan dalam senarai Oxford Dictionaries, perkataan Selfie telah mencapai sebanyak 17,000 peratus tahap penggunaan di kalangan penduduk dunia.
Menurut Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, “kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013″.
Dengan kewujudan laman sosial seperti Instagram pastinya aktiviti ‘selfie’ ini menjadi pilihan kebanyakan pihak untuk mengabadikan wajah mereka di situ.
Oleh: AUDREY LEE
Posting Komentar