Lamaran Lelaki ini angkut wang 8 88 juta Yuan dengan Keranjang kepada bakal isteri

  14 Nov 2013

  Chinese groom-to-be attracts criticism for lavish gift of 8.88 million yuan in cash, weighing 224 pounds, to his future wife

Photo: EPA
Chinese man gives future bride 8.88 million in cash 
Beijing - Untuk melamar kekasihnya, seorang lelaki  di China mengirimkan wang sebanyak 8,888,888 juta Yuan   secara tunai. Wang ini diisikan di dalam bakul buluh dan dibawa ke rumah calon isterinya.

Seperti diberitakan Shanghai Daily dan dilansir AFP, Khamis (14/11/2013), wang tunai tersebut dibawa dengan banyak bakul (raga) buluh dan kotak. Lelaki itu menggunakan khidmat seramai 18 pembawa bakul dan kotak   yang berisi lembaran wang pecahan 100 Yuan tersebut ke rumah si wanita. Disebutkan, berat total wang tunai tersebut mencapai 102 kilogram (224 pounds). 

Yang mengejutkankan lagi, rombongan lelaki tersebut tiba di rumah si pengantin perempuan dengan menumpang kereta-kereta mewah. Lelaki itu sendiri memandu kereta sports Maserati.

Aksi lamaran ini menuai kemarahan publik kerana dianggap terlalu mempamerkan kekayaan. Padahal tidak sedikit warga yang hidup di bawah garis kemiskinan.

"Ini tidak seperti menikahi isteri, tapi membelinya. Jika memang mereka saling mencintai, maka tidak perlu ada pemborosan seperti ini," kritik seorang pengguna Sina Weibo, jejaring sosial di China.

"Mereka justru merendahkan nilai pernikahan dan diri mereka sendiri," timpal seorang pengguna Weibo lainnya.

Shanghai Daily menyebutkan bahawa pasangan ini sama-sama berasal dari keluarga kaya raya di Wilayah Zheijiang. Di wilayah tersebut, setiap lamaran memang biasa dilakukan dengan memberikan hadiah.

Kedua keluarga yang sama-sama bermarga (nama keluarga)Huang bersetuju wang tunai sebesar 8.88 juta Yuan kerana angka delapan melambangkan kekayaan dan ong dalam kepercayaan masyarakat China.

"Pernikahan yang didasarkan pada wang, apakah boleh bertahan lama," kritik seorang pengguna Weibo lain.
 cacatan idahsalam

Posting Komentar