Ummi Nazeera Nafi Kahwini Aeril Zafrel


TAK sudah-sudah lagi rupanya cerita mengenai pelakon Aeril Zafrel.

Selepas isu kahwin rahsianya dengan Wawa Zainal terbongkar, dia dikatakan pernah menikahi pelakon Ummi Nazeera walaupun pada masa itu sudah bergelar suami kepada Wawa.

Khabar yang ditulis oleh wartawan Bipop, Zubir melalui Berita Harian Ahad itu turut menyatakan bahawa Ummi menukar imejnya kepada pemakaian muslimah kerana Aeril.

Dikatakan, kedua-duanya bertemu sewaktu penggambaran filem Penanggal arahan Ellie Suriaty sebelum ini.
Bagaimanapun, Ummi melalui laman Twitternya membidas kenyataan itu dengan menyatakan penghijrahannya tidak ada kaitan dengan mana-mana lelaki atau perkahwinan.

Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Aeril, apatah lagi berkahwin dengannya.


Hai, kami pun tak tahu nak komen apa. Kalau dakwaan itu tidak benar, kasihan Ummi kerana tak pasal-pasal terpalit sama dengan isu Aeril ini.

Oleh: ELZA

Posting Komentar