Mayat Bertukar Menjadi Babi Hutan


Mayat Bertukar Menjadi Babi Hutan
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah. “Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat. – Giler Kentang

Tidak Boleh Bawa Masuk Abu Mayat Sesuka Hati


KOTA BHARU – Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya.

“Sesiapa yang nak membawa apa juga ‘remains’ atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.

“Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini selepas bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lepas.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan mayat atau abu mayat Chin Peng tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sebagai menghormati keluarga dan waris anggota pasukan keselamatan serta rakyat yang terkorban ketika PKM melancarkan perang gerila untuk menggulingkan kerajaan ketika itu.

Mengulas perkara berkaitan, Khalid berkata mereka yang didapati cuba menghidupkan semula fahaman komunisme di negara ini boleh ditahan berdasarkan beberapa undang-undang.

Antaranya ialah Akta Pertubuhan, Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, katanya. – BERNAMA