Kapak anak utk jadikan korban

13 Okt 2013

India: Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.
Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.
Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.
Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.

Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”

Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.

Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.

“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.

Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.

Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan.

Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.
myMetro

VIDEO Bapa Rakam Aksi Anak Setiap Hari


Kalau anda tak rasa apa lepas menonton video di bawah ini, tak tahulah. Sebab kami rasa sangat terharu melihat usaha seorang bapa menunjukkan kasih sayang pada anaknya.

Video ini dihasilkan seorang jurugambar, Sam Cornwell, yang merakam aksi anaknya setiap hari menggunakan iPhone sebelum mencantum kesemua momen tersebut dalam sebuah rakaman setelah genap setahun usia anak sulungnya.

Pada video ini dapat dilihat detik-detik anaknya, Andy daripada mula lahir sampailah pandai berjalan dan mencucuk sendiri sebatang lilin pada kek hari jadinya.

Sungguh menyentuh hati.. pada siapa yang belum ada anak tu, mungkin anda boleh meniru cara Sam ini. Sudah pasti, anak anda akan berasa amat gembira dan terharu menonton video yang anda hasilkan bila dia dewasa nanti. - REM RAMZI