Cuba lihat budak budak ni Patutkah begini

Oh! Media
Amboi budak-budak zaman sekarang ni kan....
Amboi budak-budak zaman sekarang ni kan....

Kisah Pengurus Besar Lebuh Raya Pantai Timur LPT Yang Maut Dalam Kemalangan


Dungun – Pengurus Besar Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Rusli Embok, sempat mengimamkan solat Maghrib, sebelum maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Gajah Mati di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan jam 7.25 malam itu, Rusli, 55, bersama pemandunya, Mohamad Zuki Ngah, 44, yang menaiki Mitsubishi Pajero Sport, merempuh bahagian belakang sebuah treler rosak yang berhenti di tengah jalan di laluan itu.

Putus tangan kiri

Mangsa yang berasal dari Pasir Panjang, Terengganu, putus tangan kiri serta cedera parah di kepala, sebelum disahkan mati di lokasi.

Pemandunya yang turut cedera di kepala, dikejarkan ke Hospital Dungun, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata selepas merempuh belakang treler, pacuan empat roda itu berpusing dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Honda City dari arah bertentangan.

“Pemandu Honda City, Hamdan Abdul Hamid, 62, dari Gurun, Kedah, dalam perjalanan menghantar anaknya, Nor Syahazrina, 26, yang juga jurutera PETRONAS menghadiri seminar di Hotel Awana Kijal, Kemaman, terselamat.

“Pemandu treler terbabit, Che Mohd Ramli Mohamad, 62, dari Gua Musang, dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghantar bijih besi ke Pelabuhan Kuantan, terselamat,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Konvoi lawat tapak projek

Sementara itu, rakan setugas arwah, Md Abdul Rahman Embong, 45, berkata sebelum kejadian mereka menyertai konvoi 20 kenderaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, yang melakukan lawatan ke tapak pembinaan LPT dari Kuala Terengganu ke Cheneh, Kemaman.

“Selepas selesai melawat projek pembinaan terakhir Fasa 1C di Cheneh, Kemaman, masing-masing bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Saya bersama arwah serta beberapa rakan lain bertolak agak lewat kerana arwah mahu bersolat Maghrib terlebih dahulu.

“Kami berlima menunaikan solat di pejabat tapak di situ dengan diimamkan arwah. Selesai solat, saya menaiki kereta lain untuk pulang, manakala arwah bersama pemandunya mengekori di belakang,” katanya.


Awak Makan Dulu

“Awak makan dulu, walid balik lambat hari ini,” itu antara kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang sempat dihantar Rusli kepada isterinya, Norma Abdul Rahman, 52, sebelum terbabit dalam nahas.

Norma berkata, SMS itu adalah yang terakhir diterimanya kira-kira jam 7 petang, sebelum dikhabarkan berita kematiannya pada hari sama.

“Tengah hari sebelum kejadian pun, arwah ada menelefon saya, ketika itu dia sudah berada di Dungun. Arwah pesan supaya saya tidak lupa makan ubat sebab saya kurang sihat.

“Kehilangan arwah sangat dirasai ahli keluarga kerana dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat soal anak-anak,” katanya yang mengajar di Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, di sini.

Menurut Norma yang masih bersedih di atas apa yang berlaku, setiap pagi, sebelum dia ke sekolah, arwah selalu bawakan beg serta barang-barangnya dan diletakkan di dalam kereta sambil mengiringinya sehingga ke pintu kereta.

“Tetapi pada hari kejadian, arwah hanya meletakkan barang-barang saya ke dalam kereta dan kemudiannya duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan agama kegemarannya.

“Pada pagi itu, arwah tidak mengekori saya sehingga ke pintu kereta, sebaliknya saya bersalam dengannya di dalam rumah sahaja sebelum keluar ke tempat kerja,” katanya.

Norma tidak mengesyaki perkara pelik yang akan terjadi kerana dia sendiri mengetahui bahawa arwah memang suka menonton rancangan agama itu.

Sementara itu, adik ipar arwah, Ramli Abdul Rahman, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Ketika perjumpaan keluarga itu, arwah kelihatan sangat gembira, sehari sebelum menyambut Aidiladha dia berpuasa, dan ketika berbuka puasa, arwah nampak begitu berselera menjamu masakan ketam yang disediakan.

“Arwah memang seorang yang sangat disenangi ahli keluarga serta sanak saudara kerana kami selalu berhubung di antara satu sama lain,” katanya.

Manakala biras arwah, Dr Zulkifli Mohd Yusoff, 50, berkata, berita kematian arwah sangat mengejutkannya kerana baru sahaja berjumpa dua minggu lepas.

“Sejak dahulu lagi, arwah memang baik dengan semua orang dan saya perasan sejak kebelakangan ini, dia terlalu rapat dengan kami semua (saudara-mara), kehilangannya memang amat dirasai,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kecil, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari.

tips memasang iklan adsense sesuai heatmap

Aku mencoba tools gratis dari markosweb.com yang mampu memberikan analisa dari web kita. Dimana salah satu pointnya yang paling bawah adalah heatmap checker yang berguna sekali diolah menjadi tips memasang iklan adsense. heatmap itu menurut tinjauan baca-baca merupakan rekaman pergerakan klik yang biasa dilakuan oleh visitor. Jadi, based on visitor behaviour.

nah manakala penempatan adsense kalian sudah pas di area "hot click"nya, maka tambahlah doa agar semakin banyak klik iklan yang masuk. Misal ternyata masih jauh dari area heatmap, maka perpindahan lokasi iklan bisa dipertimbangkan. Lebih jauh, jajal aja di http://markosweb.com/. [anjrah@tipsblogging]

Polis Saudi Pengguna Twitter Rugi Dunia Akhirat


Khamis, 16 Mei 2013 

Polisi Saudi: Pengguna Twitter Rugi Dunia Akhirat
BBC
Tingkat kenaikan pengguna Twitter di Saudi termasuk yang paling cepat.
Ketua polis  agama di Arab Saudi mengecam meningkatnya pengguna media sosial seperti Twitter di negara tersebut. Sheikh Abdul-Latif al-Sheikh mengatakan warga Saudi yang menggunakan Twitter akan merugi baik di dunia maupun di akhirat.

Ini bukan untuk pertama kalinya Al-Sheikh melempar pernyataan soal Twitter. Pada akhir Mac lalu, di hadapan para ulama Saudi ia menyebut Twitter sebagai medium untuk menyebar pesan-pesan yang tidak benar.

Pada hari yang sama imam masjid di Mekah mengatakan warga berhak untuk mengemukakan pendapat, namun harus dilakukan dengan hati-hati untuk melindungi integriti dan kewibawaan negara.

Pernyataan ini dipandang sebagai isyarat kekhuatiran para pegawai Saudi soal pemanfaatan Twitter oleh warga untuk membahas masalah politik, sosial, dan agama yang sensitif.

Di negara-negara Arab, Twitter antara lain dimanfaatkan untuk menggalang dukungan dan mengkoordinasikan gerakan saat terjadi pergolakan politik.

Namun banyak pula pemerintah daerah di kawasan yang memakai Twitter sebagai alat komunikasi dengan publik. Saudi diyakini sebagai salah satu dengan tingkat kenaikan pengguna Twitter yang paling besar di dunia.
Sumber :
BBC Indonesia
Editor :
Egidius Patnistik

Kepala Saya Sekejap Fikir Lahad Datu Sekejap Fikir Pekan Sekejap Fikir Gaza…


Kepala Saya Sekejap Fikir Lahad Datu, Sekejap Fikir Pekan, Sekejap Fikir Gaza...


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, walaupun beliau sibuk dengan pelbagai urusan negara, namun tetap memberi fokus kepada pembangunan kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya secara khusus.

“Kepala saya… sekejap fikir Pekan, sekejap fikir Lahad Datu, sekejap lagi fikir pasal Gaza… ini semua dalam pertimbangan dalam kepala seorang yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua kerajaan.
“Namun saya berazam dengan izin Allah, akan lakukan yang terbaik demi untuk bangsa, agama dan negara.

Beliau juga mahu memastikan asas politiknya terus kuat dan kukuh sebagai ahli Parlimen Pekan bagi menjamin kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin dapat memperkukuhkan lagi asas tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan memperoleh undi majoriti lebih besar berbanding keputusan pilihan raya umum 2008.

“Sebagai seorang ahli politik, saya nak pastikan akar saya kuat. Kalau keputusan pilihan raya 2008 dijadikan kayu pengukur, saya telah memperoleh majoriti terbesar BN sebanyak 26,464 undi.

“Mudah-mudahan dengan berkat sokongan, saya boleh dapat majoriti undi yang tak kurang daripada rekod ini…kalau boleh lebih banyak daripada itu,”katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Anak-anak Pekan di Perantauan yang dihadiri lebih 2,000 orang, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Laman Seri, Seri Perdana, di sini, Sabtu.

Turut hadir bersama ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata sebagai ahli Parlimen, beliau telah dan sedang membawa pelbagai pembangunan dan kemudahan untuk rakyat di Pekan termasuk kewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kuala Pahang, pembinaan sebuah hotel bertaraf empat bintang dan kolej automatif di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Selain itu, katanya kerajaan juga sedang membina rumah bersepadu berkonsepkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dapat disiapkan dalam masa dua setengah hari untuk keluarga berpendapatan rendah.

“Saya tak lupa apa sahaja yang saya boleh lakukan untuk kita sama ada yang tempias-tempias ataupun projek-projek yang boleh saya lakukan…Insyallah saya akan lakukan,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan kempen “Moh! Balik Ngundi Weh” dan Selangkah Ke Menara Gading bagi warga Pekan yang menetap di Lembah Klang. -BERNAMA

Anwar Saman Blogger Papa Gomo

Anwar Saman Blogger Papa Gomo


SHAH ALAM – Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.
Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.
“Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka,” ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno.
“Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini,” ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.
Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.
“Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya,” katanya.
Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya. – SinarHarian

Pengajian kitab Tauhid Kitab Bakurah Wajib akal

Muzakarah Kitab Bakurah bahasan hukum akal muka surat 6
Harapan saya dengan muzakarah ini kita dapat berkongsi bersama ilmu tauhid ahli sunnah dan menguasai kitab pengajian thurath . Moga seluruh rakan yang berminat dengan pengajian pondok dapat mengambil menafaat dari rakaman muzakarah ini . Diharapkan para sahabat dapat pendedahan ilmu aqidah aliran ahli sunnah wal jamaah , selain itu saya menasihati rakan-rakan jangan hanyalah memada dengan belajar dengan cara melayari internit sahaja sebaliknya perlu berguru dan menghadari majlis ilmu. Pengajian di internet dijadikan sebagai pendedahan asa sahaja , Insyallah saya dan sahabat ana akan berusaha memasukan rakaman kuliah Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan guru -guru kami dari semasa kesemasa Insyallah . Moga Allah memberi taufiq kepada saya dan rakan-rakan jemaah yang terlibat dalam usha dakwah dan perjuangan ini . Doakan kami agar tergolong dalam golongan orang berjaya seperti golongan terdahulu .
Bersama Mantapkan Ilmu dan Aqidah serta berjuang mempertahankan Islam

Muzakarah kitab Tauhid , kuliah maghrib hari ini 21.10.2012 di Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah

BAHASAN ILMU TAUHID - HUKUM AKAL (kitab BAKURAH)


TANGGA MENGENAL ALLAH , ILMU TAUHID SUNNI